CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 15 September 2012

Mari Kita Bina Bentuk Kubus

Okay, disini saya telah sediakan satu bentuk 3 Dimensi iaitu bentuk Kubus.

Jom kita bina model 3 Dimensi kubus ini.
Cuma "Print" , Gunting mengikut garisan yang disediakan dan Gam pada ruangan disediakan.

Alatan:
Gunting
Kertas
Gam



Selamat Mencuba . =)

Mari Melukis Gambar

Cuba anda fikirkan sebuah gambar yang boleh membentuk lukisan dengan menggunakan bentuk-bentuk geometri seperti di bawah:



                           Bentuk 2 Dimensi

Jom kita lihat contoh-contoh gambar yang menggunakan bentuk geometri.



                              Keretapi


                                 Kuda

Baik, sekarang saya mahu anda cuba buat satu LUKISAN berdasarkan bentuk-bentuk 2 Dimensi yang disenaraikan diatas.

Selamat mencuba dan Selamat Melukis SEMUA !!

Bentuk-Bentuk dua Dimensi

Jom, kita lihat bentuk-bentuk Dua Dimensi dibawah.




Tuesday, 11 September 2012

:::RenUngaN BerSAMa:::

"BIJAKLAH MEMANFAATKAN PUSINGAN BIOLOGI"...

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.” (al-Furqaan : 47)

Terjemahan ayat di atas menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri yang dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Sistem inilah menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Justeru itu, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja dan bijak memanfaatkannya.

#Memahami Fisiologi Pusingan Biologi

Pada waktu malam, badan manusia melalui kelenjar pineal, akan mengeluarkan sejenis hormon yang bernama melatonin. Hormon ini mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus dan ia menyebabkan kita tidur. Kadar melatonin berada pada tahap optimum dalam darah pada jam 1.30 pagi hingga 2.00 pagi semasa tidur. Selepas itu, kadarnya menurun dan ia berada pada tahap paling rendah apabila bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.

Pada waktu siang pula, hormon kortisol mempengaruhi kita semasa kita aktif melakukan pelbagai aktiviti. Hormon ini berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang. Hormon kortisol juga dikenali sebagai hormon stres kerana ia berada pada tahap paling tinggi apabila individu mengalami tekanan.

Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sebaiknya kita melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita pada waktu ini. Selepas itu di antara waktu tengah hari dan awal petang, tubuh kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a secondary sleep gate. Justeru itu, tidurlah sekejap pada waktu ini jika mempunyai kesempatan.

David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping menggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.

Selepas itu, kita akan memasuki fasa produktif yang kedua antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Gunakanlah waktu ini untuk membaca dan merancang aktiviti sebelum berehat untuk tidur.

#Tidur sebagai Ibadah

Tidur adalah ibadah. Ia perlu dijaga dan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menitikberatkan soal tidur sebagai ibadah yang diterjemahkan seperti yang berikut:
“Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya.”

Semasa tidur sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan yang mana badan manusia akan mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak Justeru itu mengambil minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur boleh mengganggu proses ini dan menambahkan keletihan pada waktu siang.

Penyimpanan maklumat jangka panjang di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Mereka yang suka tidur lewat boleh mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam boleh menjejaskan pusingan biologi individu dan menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca.

Tidur dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Menurut Dr. Tom Mackay, seorang pakar penyakit-penyakit system pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edinburgh Royal Infirmary, Scotland merumuskan, kurang tidur akan menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku dalam badan. Keadaan ini meningkatkan risiko individu menghidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.

Tidur juga memantapkan sistem pertahanan badan. Kajian menunjukkan individu yang tidur 3 hingga 4 jam sehari kurang daripada kadar biasa mudah mengalami tekanan dan stres. Ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Berapakah jumlah jam yang diperlukan untuk tidur secara optimum pada waktu malam? Keperluan tidur individu berbeza dengan individu yang lain. Mereka yang tidur 6 hingga 7 jam secara purata setiap malam adalah lebih sihat dan hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih dari 8 jam atau kurang 4 jam.

#Sunah Nabi dan Pusingan Biologi

Secara tidak langsung, Nabi SAW mengambil kira kehendak pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat melayani keperluan badan. Baginda sendiri melayani hak dan keperluan jasmani bertujuan menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah. Pernah pada suatu masa, ada di kalangan para sahabat yang tidak mahu tidur dan tidak mahu berkahwin. Ada pula sahabat yang berazam untuk berpuasa secara berterusan.

Lantaran perkara ini, maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, akulah manusia yang paling takutkan Allah dan paling bertakwa kepada-Nya tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bersolat dan tidur dan aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku ini, dia tidak termasuk dalam golonganku.” Hadis ini dijelaskan oleh Bukhari dan Muslim. Nabi SAW juga pernah melakukan qailulah atau istilah para saintis hari ini iaitu a secondary sleep gate. Ini kerana di antara waktu tengah hari dan awal petang badan manusia menjadi lemah dan lesu. Maka dengan tidur sekejap itu akan dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan kita.

# Kesimpulannya.

Jasad boleh dikiaskan seperti sebuah kederaan yang sentiasa dipacu oleh manusia. Bagi mencapai kejayaan, manusia perlu menyelenggara kenderaannya dengan baik supaya ia dapat dinaiki demi mencapai cita-cita. Justeru, pastikan kita bangun awal setiap pagi untuk bersembahyang Subuh, sebaik-baiknya secara berjemaah dan jika berkesempatan tidurlah sekejap (lebih kurang 20 minit) pada waktu tengah hari.

:: Jom Menyanyi ::


::Mathematics Is Fun::

Sesuai dengan tajuk ini, saya akan memberikan cara lain untuk mengenali bentuk-bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi menggunakan unsure NYANYIAN.

Ayuh kita kenali bentuk 2D dan 3D melalui video ini,

Jom menyanyi bersama-sama ::

= 2-D Shapes i Know =



= 3-D Shapes I know =




::Solid Geometry::



Pengenalan

"Solid Geometry" merupakan bentuk-bentuk yang asas dalam 3-dimensi. Contoh bentuk asas adalah seperti berikut:
  • Kubus
  • Kuboid
  • Silinder
  • Sfera
  • Kon
  • Piramid
  • Prisma


Namun begitu, blog ini tidak akan mengulas panjang berkenaan dengan bentuk prisma. Bentuk yang akan dibincangkan secara terperinci adalah semua yang disenaraikan di atas melainkan prisma. Secara ringkasnya, blog ini akan memaparkan perbincangan berkenaan dengan 6 bentuk asas dalam "solid geometry".

Bagi menjadikan anda lebih mudah faham, berikut merupakan contoh bagi bentuk yang akan dibincangkan dalam blog ini.

Kubus::


Kuboid::


Silinder::


Sfera::


Kon::


Piramid::



=)

Aktiviti Bentuk Dua Dimensi yang Menarik


Aktiviti Untuk Menarik Minat Murid

Pelbagai aktiviti yang dapat kita lakukan dengan menggunakan bentuk 2 Dimensi ini. Antaranya:


1) Permainan menggunakan bentuk-bentuk 2 Dimensi dengan menggunakan kreativiti pelajar. Pelajar boleh menghasilkan pelbagai jenis bentuk daripada bentuk-bentuk 2 dimensi yang telah di ajar.


berdasarkan dari bentuk-bentuk yang diberikan, guru boleh menyuruh murid membina dan menghasilkan sebuah objek. 

Contoh hasil gabungan Bentuk 2 Dimensi ::


::Bentuk yang menarik dihasilkan::


2)   Melukis. aktiviti yang mudah di gunakan di dalam kelas. Guru meminta murid menghasilkan satu lukisan yang berasakan bentuk-bentuk 2 Dimensi.



Contoh lukisan Murid::

diharap ianya dapat membantu. =)