CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 10 September 2012

" Kenapa Perlu Tahu Geometri ? "

 Assalamualaikum, salam 1Malaysia. =)

Pada edisi kali ini mari kita dekatkan diri dengan geometri pula. Kenapa kita belajar geometri? Apa kaitannya dengan matematik? Bagimanakah penggunaan ilmu geometri mampu meningkatkan taraf hidup kita? Sekarang mari kita tinjau sejauh manakah ilmu geometri ini melengkapkan kehidupan kita.

Geometri dikaji kerana ia dianggap ilmu yang sangat cantik, sempurna, dan masih banyak rahsia ciptaan Ilahi yang masih belum dirungkai. Sifat-sifat inilah yang merangsang akal fikiran kita untuk terus mengkaji ilmu geometri danmensyukuri kebesaran Ilahi. Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci.

Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam sejagat. Ironinya, minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan, bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri.

Sebenarnya pengetahuan objek geometri telah ada dalam masyarakat primitif dan pada awal ketamadunan manusia. Banyak ahli falsafah matematik memberikan pandangan mereka yang tersendiri tentang geometri. Mari kita tinjau pandangan beberapa sarjana matematik di bawah:
plato 
Geometri adalah alat atau kaedah yang terperinci untuk
menjelaskan keadaan dua bahagian alam
~PLATO~
Geometri bukan sahaja penaakulan logik atau deduktif tetapi
ia juga berhubungan, disusun dalam tatatingkat dan ditakrifkan
dengan sempurna dari titik permulaan
~ARISTOTLE~
aristotle
kepler 
Setiap kali mengkaji geometri merupakan detik
berhubung dengan pemikiran Tuhan seperti mengetahui
model geometri tentang pergerakan planet-planet
~KEPLER~
Geometri menerangkan dengan sempurna atau mengkategorikan
alam sejagat; bagaimana alam bertindak atau menjelma
~GALILEO~
galileo
descartes 
Geometri sebagai sesuatu yang agung, sempurna dan
pengalaman yang empiris
~DESCARTES~

No comments:

Post a Comment