Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.” (al-Furqaan : 47)
Terjemahan ayat di atas menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri yang dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Sistem inilah menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Justeru itu, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja dan bijak memanfaatkannya.
#Memahami Fisiologi Pusingan Biologi
Pada waktu malam, badan manusia melalui kelenjar pineal, akan mengeluarkan sejenis hormon yang bernama melatonin. Hormon ini mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus dan ia menyebabkan kita tidur. Kadar melatonin berada pada tahap optimum dalam darah pada jam 1.30 pagi hingga 2.00 pagi semasa tidur. Selepas itu, kadarnya menurun dan ia berada pada tahap paling rendah apabila bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.
Pada waktu siang pula, hormon kortisol mempengaruhi kita semasa kita aktif melakukan pelbagai aktiviti. Hormon ini berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang. Hormon kortisol juga dikenali sebagai hormon stres kerana ia berada pada tahap paling tinggi apabila individu mengalami tekanan.
Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sebaiknya kita melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita pada waktu ini. Selepas itu di antara waktu tengah hari dan awal petang, tubuh kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a secondary sleep gate. Justeru itu, tidurlah sekejap pada waktu ini jika mempunyai kesempatan.
David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping menggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.
Selepas itu, kita akan memasuki fasa produktif yang kedua antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Gunakanlah waktu ini untuk membaca dan merancang aktiviti sebelum berehat untuk tidur.
#Tidur sebagai Ibadah
Tidur adalah ibadah. Ia perlu dijaga dan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menitikberatkan soal tidur sebagai ibadah yang diterjemahkan seperti yang berikut:
“Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya.”
Semasa tidur sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan yang mana badan manusia akan mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak Justeru itu mengambil minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur boleh mengganggu proses ini dan menambahkan keletihan pada waktu siang.
Penyimpanan maklumat jangka panjang di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Mereka yang suka tidur lewat boleh mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam boleh menjejaskan pusingan biologi individu dan menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca.
Tidur dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Menurut Dr. Tom Mackay, seorang pakar penyakit-penyakit system pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edinburgh Royal Infirmary, Scotland merumuskan, kurang tidur akan menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku dalam badan. Keadaan ini meningkatkan risiko individu menghidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.
Tidur juga memantapkan sistem pertahanan badan. Kajian menunjukkan individu yang tidur 3 hingga 4 jam sehari kurang daripada kadar biasa mudah mengalami tekanan dan stres. Ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Berapakah jumlah jam yang diperlukan untuk tidur secara optimum pada waktu malam? Keperluan tidur individu berbeza dengan individu yang lain. Mereka yang tidur 6 hingga 7 jam secara purata setiap malam adalah lebih sihat dan hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih dari 8 jam atau kurang 4 jam.
#Sunah Nabi dan Pusingan Biologi
Secara tidak langsung, Nabi SAW mengambil kira kehendak pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat melayani keperluan badan. Baginda sendiri melayani hak dan keperluan jasmani bertujuan menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah. Pernah pada suatu masa, ada di kalangan para sahabat yang tidak mahu tidur dan tidak mahu berkahwin. Ada pula sahabat yang berazam untuk berpuasa secara berterusan.
Lantaran perkara ini, maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, akulah manusia yang paling takutkan Allah dan paling bertakwa kepada-Nya tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bersolat dan tidur dan aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku ini, dia tidak termasuk dalam golonganku.” Hadis ini dijelaskan oleh Bukhari dan Muslim. Nabi SAW juga pernah melakukan qailulah atau istilah para saintis hari ini iaitu a secondary sleep gate. Ini kerana di antara waktu tengah hari dan awal petang badan manusia menjadi lemah dan lesu. Maka dengan tidur sekejap itu akan dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan kita.
# Kesimpulannya.
Jasad boleh dikiaskan seperti sebuah kederaan yang sentiasa dipacu oleh manusia. Bagi mencapai kejayaan, manusia perlu menyelenggara kenderaannya dengan baik supaya ia dapat dinaiki demi mencapai cita-cita. Justeru, pastikan kita bangun awal setiap pagi untuk bersembahyang Subuh, sebaik-baiknya secara berjemaah dan jika berkesempatan tidurlah sekejap (lebih kurang 20 minit) pada waktu tengah hari.
Pengenalan "Solid Geometry"
merupakan bentuk-bentuk yang asas dalam 3-dimensi. Contoh bentuk asas adalah
seperti berikut:
Kubus
Kuboid
Silinder
Sfera
Kon
Piramid
Prisma
Namun begitu, blog ini tidak akan mengulas panjang berkenaan dengan bentuk
prisma. Bentuk yang akan dibincangkan secara terperinci adalah semua yang
disenaraikan di atas melainkan prisma. Secara ringkasnya, blog ini akan
memaparkan perbincangan berkenaan dengan 6 bentuk asas dalam "solid
geometry".
Bagi menjadikan anda lebih mudah faham, berikut merupakan contoh bagi bentuk
yang akan dibincangkan dalam blog ini.
Pelbagai aktiviti yang dapat kita
lakukan dengan menggunakan bentuk 2 Dimensi ini. Antaranya:
1) Permainan menggunakan bentuk-bentuk 2 Dimensi dengan menggunakan kreativiti
pelajar. Pelajar boleh menghasilkan pelbagai jenis bentuk daripada
bentuk-bentuk 2 dimensi yang telah di ajar.
berdasarkan dari bentuk-bentuk yang diberikan, guru boleh menyuruh murid membina dan menghasilkan sebuah objek.
Contoh hasil gabungan Bentuk 2 Dimensi ::
::Bentuk yang menarik dihasilkan::
2) Melukis.
aktiviti yang mudah di gunakan di dalam kelas. Guru meminta murid menghasilkan
satu lukisan yang berasakan bentuk-bentuk 2 Dimensi.
Farhana mempunyai bekas
pensel berbentukkuboid. Bekas penselnya mempunyailebar 8 cmdanpanjang 16 cm. Berapakahperimeterpermukaan bekas penselnya? Lebar = 8 cm panjang = 16 cm Perimeter = l+l+p+p = 8+8+16+16 = 48 cm
Perimeter segi empat sama
Contoh :
P = 8 +8+8+8
P= 32 cm
Perimeter Segi Empat Tepat
P= l + l + w +w
P=2l + 2w
Contoh :
P= 6+6+3+3
P= 18 cm
Perimeter Segi Tiga
Contoh :
P= 5+5+5
P= 15 cm
Perimeter
gabungan 2 segi tiga yang sama ukuran
a=b=c= 7cm
P= 7 + 7 + 7
P= 21 cm
Perimeter
gabungan 2 segi tiga yang berlainan ukuran
Bagi sesetengah
pelajar, proses pembelajaran berlaku secara aktif dan berkesan melalui
permaianan.
-Arahan simulasi dalam
geometri serta aktiviti pengayaan boleh diterapkan didalam aktiviti bermain
seperti :
1) menyusun blok - blok dan mozek mengikut corak tertentu.
2)
menyelesaikan tangram.
Dalam aktiviti begini,
pelajar akan dapat mempelajari konsep geometri dengan lebih berkesan serta
bermakna bagi mereka.
Contoh dalam menyusun
mozek, guru boleh bertanya apakah bentuk geometri yang digunakan serta apakah
bentuk atau corak yang dibentuk daripada susunan - susunan blok - blok tiles
tersebut dan juga apa penyelesaian
yang dapat diterokai daripada permainan tangram serta origami.
Ini merupakan salah satu contoh "tangram" yang boleh
digunakan oleh guru kepada murid dalam menarik minat
Pada edisi kali ini mari kita dekatkan diri dengan geometri pula. Kenapa kita belajar geometri? Apa kaitannya dengan matematik? Bagimanakah penggunaan ilmu geometri mampu meningkatkan taraf hidup kita? Sekarang mari kita tinjau sejauh manakah ilmu geometri ini melengkapkan kehidupan kita.
Geometri dikaji kerana ia dianggap ilmu yang sangat cantik, sempurna, dan masih banyak rahsia ciptaan Ilahi yang masih belum dirungkai. Sifat-sifat inilah yang merangsang akal fikiran kita untuk terus mengkaji ilmu geometri danmensyukuri kebesaran Ilahi. Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci.
Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam sejagat. Ironinya, minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan, bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri.
Sebenarnya pengetahuan objek geometri telah ada dalam masyarakat primitif dan pada awal ketamadunan manusia. Banyak ahli falsafah matematik memberikan pandangan mereka yang tersendiri tentang geometri. Mari kita tinjau pandangan beberapa sarjana matematik di bawah:
Geometri adalah alat atau kaedah yang terperinci untuk
menjelaskan keadaan dua bahagian alam
~PLATO~
Geometri bukan sahaja penaakulan logik atau deduktif tetapi
ia juga berhubungan, disusun dalam tatatingkat dan ditakrifkan
dengan sempurna dari titik permulaan
~ARISTOTLE~
Setiap kali mengkaji geometri merupakan detik
berhubung dengan pemikiran Tuhan seperti mengetahui
model geometri tentang pergerakan planet-planet
~KEPLER~
Geometri menerangkan dengan sempurna atau mengkategorikan
alam sejagat; bagaimana alam bertindak atau menjelma
Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW · Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. · Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. · Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. · Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. · Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). · Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. · Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN · Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. · Sampai kMadinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi . ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW § Khadijah Binti Khuwailid . § Saudah Binti Zam’ah.
. § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) . § Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab) . § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) . § Zainab Binti Jahsy . § Maimunah Binti Harith . § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab . § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin) . ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 1. Qasim 2. Abdullah 3.. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kpd Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dgn Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN 1. Thuwaibah 2. Hamzah 3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 3. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza 4. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza 5. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) 1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah *** 5. Al-Abbas *** 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza) 8. Abdul Ka ‘ bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13. Atiqah 14. Arwa 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) Sempat masuk Islam. Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW – Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah: - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.. - Aku melihat cahaya dari lidahnya. - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. - Rasulullah umpama matahari yang bersinar. - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. - Wajahnya seperti bulan purnama. - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. - Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. - Garis2 merah di bhagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bhagian sudut.. - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya. - Mulut baginda sederhana luas dan cantik.. - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. - Janggutnya penuh dan tebal menawan. - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.. - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. - Rambutnya sedikit ikal. - Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. - Rambutnya terbelah di tengah. - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya. - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. – Perut betisnya tidak lembut ttpi cantik. - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. – Warna kulitnya tidak putih spt kapur
atau coklat tapi campuran coklat dan putih. - Warna putihnya lebih banyak. - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. - Warna kulitnya putih tapi sihat. - Kulitnya putih lagi bercahaya. - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak gemuk. - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. - Perutnya tidak buncit. - Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatanlebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA : Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Dari Amir bin Rabiah r.a katanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."....berbanyaklah berselawat keatas baginda.